Friday, October 23, 2009

...MELANGKAH KE ALAM BARU...

dunia politik memang mencabar, tambahan lagi belbagai-bagai ketidaktentuan yang menanti dihadapan. Minat didalam bidang politik ini sudah menjadi cita-cita saya sejak dulu lagi, sebagai permulaan untuk melangkah kebidang ini, saya mahu melibatkan diri didalam politik kampus. Apa yang saya harapkan ialah untuk mendapat pelajaran bagaimana seorang ahli politik itu dapat menjadi ahli politik yang baik dan dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Saya yakin jikalau niat di hati ini baik maka Allah akan menolong saya untuk dipermudahkan semua urusan.

menjelang semesta depan, insyaallah jikalau diberi keizinan saya akan bertanding untuk merebut kerusi perwakilan pelajar UKM. Apa yang saya harapkan ialah sokongan semua rakan-rakan tidak kira sama ada penyokong aspirasi ataupun penyokon gabungan mahasiswa. Penglibatan ini adalah untuk mendidik saya supaya dapat menjadi ahli politik yang baik apabila sudah tamat pengajiaan disini.

semoga perjuangan saya dan perjuangan anda akan diberkati oleh Allah. Salam ukhwah dari saya buat saudara seakidah...Perjuangan baru bermula...

Thursday, October 1, 2009

Lelaki! Perhatikan tugas anda…

Kaum lelaki sememangnya dijadikan oleh Allah untuk memimpin. Tugas ini bukanlah sesuatu yang ringan kerana ianya merupakan satu amanah dari Allah kepada kaum lelaki… Ini bermakna sebagai seorang lelaki , dia perlulah memimpin dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara…

Mari kita lihat… sebagai lelaki, dia perlulah memimpin keluarganya, kenapa? Ini kerana nanti di akhirat nanti kalau seseorang wanita itu akan disoal tentang kesalahan yang dia lakukan, dia akan menyalahkan orang lelaki yang bertanggung jawab keatasnya semasa didunia ini… siapakah lelaki ini?

1. Si Ayah.
Ayah akan dipertanggung jawab sekiranya anak perempuannya tidak mendapat didikan agama yang cukup semasa di dunia ini menyebabkan dia melakukan pelbagai dosa.
2. Abang-abang.
Apabila si bapa sudah tiada, maka akan menjadi tanggung jawab kepada abang-abang untuk menjaga adik perempuannya. Jadi, kalau si abang-abang buat bodo je kat adik perempuan diorang, sampai si adik perempuan tue buat dosa, dia akan dipersalahkan sebab tak jalankan tugas dia dengan baik.
3. Si Suami.
Kahwin nie memang best, tahap maksimum punye best. Tapikan, tanggung jawab tue lagi best, kalau si suami tu tak jalankan tanggung jawab dengan betul sehingga menyebabkan si isteri terus menerus melakukan dosa, nanti si suami akan dipersalahkan.
4. Si anak lelaki.
Syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Tapikan kalau sebagai anak lelaki yang tak menasihati mak dia bile melakukan dosa, hmm alamatnya kena saman juga la nanti..tue pasal kalau kita dengar mak kita asyik mengumpat, kita kena tegur. Nasihat baik baik.

Hmmmm…bukan senang jadi lelaki nie kan. Banyak tugas yang perlu dipikul. So sebagai seorang manusia, kita memang banyak kekurangan. No body is perfect, kalau prefect tu ada la. Jadi, banyak banyak la minta ampun kat Allah di atas kekurangan yang kita ada ini. Cuma dengan rahmat dia je membolehkan kita dimasukkan kedalam syurganya yang amat indah itu.