Friday, April 30, 2010

Jauhnye Perjalanan...

hmm,tanggal 1 mei dah sampai. apa yang dirancang mesti diteruskan walaupun berat betul punggung aku nak melangkah...
Apa yang pasti pemergian aku ke Panti Asuhan Padang bukanlah untuk berHoliday tapi untuk mencari sedikit pengalaman untuk melihat negara orang disamping menabur sedikit bakti yang tak seberapa nie....

Bila tiba disana kawan-kawan daripada AIESEC organization akan menyambut ku...tidaklah seperti menyambut seorang diplomat penting dengan diiringi kawad perbarisan kehormat...Cukup sekadar menyambut dan menunjukkan jalan untuk pergi kesana dan kesini..:)

1st Mei adalah hari pertama aku berangkat ke Padang Indonesia...sebuah kawasan yang sebelum ini telah digemparkan dengan berita gempa bumi yang dasyat...Jadi sejauh mana penderitaan sahabat-sahabat kita di sana akan aku teroka dan menyelami kehidupan mereka.

Alhamdulliah, setibanya aku disana aku akan tinggal dengan keluarga angkat selama 7 minggu. Keluarga angkat ini adalah keluarga kepada President AIESEC UNAND, Saudara Haris...Aku masih kurang mahir lagi untuk menyebut tempat-tempat yang ada di Padang kerana ini adalah kali pertama aku pergi kesana. Apa yang aku tahu adalah Terminal persawat Antarabangsa Minangkabau..jadi setibanya aku di sana, jikalau tiada orang yang hendak mengambil aku maka akan bermalamlah aku disana tanpa tempat bergantung...nak balik rugi sebab dah buat visa untuk 3 bulan,kena bayar RM170 tue..

Sepanjang aku berada di Padang, banyak aktiviti-aktiviti yang akan menyusul untuk dikerjakan...sudah tentu aktiviti bersama-sama anak-anak yatim akan menjadi agenda utama sepanjang keberadaan aku disana...Disamping itu juga, projek-projek untuk mendidik masyarakat disana tentang bahayanya HIV/AIDS... Oleh itu, kehidupan di Padang pastinya akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan....

ok lah, perut dah lapar,aku nak makan...flight take off jam 3, skang jam 12..bleh pegi makan dulu...:)byebye

No comments:

Post a Comment