Thursday, November 5, 2009

...Dah Abis exam, kene fokus yang lain pUlak..

Alhamdulillah, thank you Allah sebab bagi kat saya ketenangan semasa nak menjawab final exam..hui lega, terasa banyak sangat masa yang ada, tapi semua masa yang ada nie dah kene tempah untuk aktiviti-aktiviti yang dah dirancang....hehehe seronoknya....

Nak tahu tak, kite nie memang digalakkan merancang tau, merancang sesuatu yang boleh mengablekan kita untuk mencapai apa yang kita impikan pada masa depan nuh...huh....banyaknye impian saya, tak tau mane nak pilih.....:)...Kita merancang bukan sebab nak menolak takdir...dalam hidup kita nie memang telah ditetapkan apa yang akan terjadi cuma Allah sahaja yang mengetahuinya...cuma rancangan yang dibuat tue hanya sebagai asbab sahaja...

Agak-agaknye macam mana nak buat rancangan yang bagus tue....haa, meh abang nak bagi tau..
1. Sebelum merancang kita kenalah tahu bagaimana hubungan kita ngan tuhan kita, elok atau tak elok? Kita ikut tak apa yang Allah suruh dan kita tinggal tak apa yang Allah larang? Kalau kita lepas semua nie barulah kita pergi ke next steps:)

2. Seterusnya, cuba kita impikan sesuatu yang kita nak pada masa depan...jangan jauh sangat jarak masa tue, dalam 3-5 tahun....lagi pendek masa tue lagi lah baik...Pastikan apa yang kita cita-cita tue realistik, jangan angan-angan daun keladi, nanti tak menjadi:).....Maksudnya realistik nie kita boleh capai jika usaha dijana dan pengorbanan dilakukan..haaaa! lagi satu, rancangan tue kene sesuatu yang lagi better dari apa yang kita ada sekarang...rancangan mengembanglah katakan...Nak tau apa impian saya? Mane boleh, segan la:(..hehehe

3. Bile kita dah impikan sesuatu, kita perlu fikirkan apa langkah yang sesuai untuk mendapatkan apa yang kita cita-citakan tue....contohnya kalau kita nak buat master kat overseas dengan biasiswa, so dapatkan great reasult for every final....kan senang, betul tak...

4. Bila langkah-langkah yang mamtap tadi dah dikenak pasti, apa yang kamu tunggu lagi! GERAKLAH,,,,hehhe, gerakkan tubuh anda, fikiran anda, intelektual anda dan sebagainyelah yang difikirkan perlu....buat dengan bersungguh sungguh.....jangan malas-malas...nanti melepas..hehehe...

5. Bila dah buat semua yang kita telah rancang tue, maka kita kenalah bertawakkal dengan Allah, tapi kene ingat, disamping kita bertawakkal kita kena bertaqwa juga...apa itu taqwa? taqwa ni macam yang saya cakap pada step yang pertama tadi lah....hehehe semoga berjaya ya...caiyok!

No comments:

Post a Comment