Tuesday, November 10, 2009

...Nak menang tak?...

Tahu tak kenapa umat islam boleh menang dalam perang Badar? , sebab umat islam telah melengkapkan syarat syarat kemenangan, sebab tue la mereka boleh menang...

Orang kafir pun boleh menang kalau mereka melengkapkan syarat syarat untuk menang.Ini terbukti apabila kemenangan pernah diperolehi oleh oleh orang kafir apabila mereka berjaya menewaskan tentera Islam pada suatu masa dahulu....

Apa yang penting disini ialah, jika kita mahukan kemenangan kita mesti melengkapkan syarat-syaratnya, maka barulah kemenangan itu boleh diperolehi. Begitu juga dengan kekalahan, jika kita melengkapkan syarat-syarat kekalahan maka kita pasti akan memperolehi kekalahan.

Apa yang ironiknya, Umat Islam pada masa ini masih ramai yang tidak mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan apa yang dicatatkan di dalam sejarah. Hari demi hari musuh-musuh islam bertukus lumus dalam mempersiapka diri mereka dengan pelbagai ilmu-ilmu pengetahuan dan mencipta bermacam-macam kekayaan demi menghancurkan agama islam yang tercinta ini.

Ramai umat Islam masih terlena dibuai angan-angan kosong dan diselimuti oleh dosa-dosa yang mana menyebabkan mereka tidak mampu lagi berjuang untuk menegakkan agama Allah yang tercinta.

Di dalam Al-quran, Allah telah menyidir pihak yang tidak mahu sedar ini dengan mengatakan kepada mereka bahawa Allah sesekali tidak akan memperdulikan kaum yang tidak mahu membangunkan diri mereka dan agama mereka,maka mereka akan dibiarkan dipimpin oleh orang kafir dan akan menjadi hina didalam negara mereka sendiri......

akhir sekali, sedarlah! bangkitlah! tanamkan azam untuk berjaya dan lakukan sesuatu....

No comments:

Post a Comment