Wednesday, November 11, 2009

...Sakaratul Maut...

Mati itu sesuatu yang pasti. Agak-agaknya macam mane rasenye mati tue...Adakah mati tue macam kene cucuk ngan jarum je? Atau mati rase macam kene tampar ngan cikgu sekolah rendah?....

Semua orang akan merasa saat kematiaan, maksudnya mati itu pasti dan kita tidak boleh lari daripada mati...Bila masa kematian itu akan datang kepada kita, maka saat itulah segala yang dijanjikan oleh Allah akan menjelma kepada sesorang itu...

Mati nie disebut sakaratul maut, bunyinya memang dasyat. Rasanye pun memang dasyat...Rasullullah pun merasai saat kematian...Saat kematian Rasullullah yang dirasai baginda itu amat menyakitkan walaupun baginda seorang yang mulia...Agak-agaknya macam manalah kita nie sebagai hamba yang banyak melakukan dosa-dosa, solat pun kalau dibilang dengan teliti pun tak ada yang dilakukan dengan khusyuk...ish3, macam mana kita akan menghadapi kematian dengan keadaan diri yang sedemikian rupa...???

Saat kematiaan yang dirasai oleh setiap individu sama sekali tidak sama...Ianya bergantung kepada amalan masing-masing...Kalau amalannya baik maka senanglah untuk menghadapi kematian akan tetapi kalau amalannya tidak baik maka kesudahan yang amat menyakitkan akan menyusuli di akhir detik kehidupan ini.

Sebagai seorang manusia yang bijak dan dikurniakan akan akal dikalau kita tahu bahawa mati itu sesuatu yang pasti, apakah kita akan mengambil langkah yang kurang bijak untuk tidak membuat langkah-langkah persediaan untuk menghadapinya? Seseorang yang pandai dan bijak mereka akan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sesuatu yang pasti akan berlaku kepada kehidupan mereka. Sebagai satu perbandingan yang saya ingin kongsikan bersama adalah mengenai seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan akhir semesta, jikalau pelajar itu mahu lulus dengan cemerlang maka sudah pasti dia akan membuat persediaan dari awal semesta lagi supaya apabila dia masuk kedalam dewan peperiksaan dia akan berupaya untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan itu...Situasi ini menunjukan bahawa pelajar itu seorang yang bijak kerana dia tahu untuk menghadapi peperiksaan dia kena bersedia..begitu jugalah hidup di dunia ini, kalau dah tahu mati itu pasti kenalah ikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah supaya senang untuk menghadapi sakaratul maut.

So, sebelum nak buat sesuatu yang berdosa kena lah fikirkan dalam minda kita bahawa kita kena membuat pilihan sama ada nak NERAKA atau SYURGA....kalau nak SYURGA maka lupakan niat untuk membuat dosa itu...semoga kita semua mendapat kejayaan dalam peperangan hidup ini....

No comments:

Post a Comment